Sejarah Tabika Kemas Bandar Baru Putra
Tabika Kemas Bandar Baru Putra mula ditubuhkan pada tahun 2000.Ia ditubuhkan oleh ahli jawatankuasa umno dan penduduk setempat disitu.Sepanjang tempoh penubuhannya pelbagai aktiviti tabika kemas ini yang dianjurkan oleh guru-guru yang di pertanggung jawabkan mendapat perhatian serta sambutan yang memberangsangkan oleh pihak ibu-bapa dan kanak-kanak tabika kemas ini.
Populasi penduduk setempatnya yang kian meningkat hasil daripada pencambahan ekonomi dan perumahan di kawasan sekeling Tabika ini membuatkan penambahan bilangan para pelajar yang datang saban tahun semakin meningkat.Ini juga telah membuatkan tabika ini juga sentiasa meningkatkan mutu serta prestasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,serta aktiviti-aktiviti baru yang sentiasa dititik beratkan oleh tenaga pengajar di sekolah tabika ini di samping berkongsi idea-idea baru bersama ibu-bapa dan penjaga murid-murid Tabika Kemas Bandar Baru Putra.
Pengerusi pertama sekolah tabika ini ialah En Ayob Khan yang memegang jawatan dari tahun 2000 sehingga 2006 sehinggalah penyandang pengerusi baru iaitu Tuan Hj Mohd Tahir bin Hj Zakaria dari tahun 2006 sehinggalah sekarang.Guru yang telah mengajar disitu ialah Puan Hazura Bt Mohamed Noordin yang merupakan guru terawal yang mengajar di tabika terbabit bermula dari awal pembukaannya sehinggalah sekarang.Kini tabika ini juga mempunyai tiga tenaga pengajar serta tiga pembantu bagi melicinkan proses penjagaan tabika serta anak didiknya.
sekian......
Antara barisan tenaga pengajar serta pembantu Tabika Kemas Bandar Baru Putra
No comments:
Post a Comment